Menjadi pemimpin bukanlah mudah. Ia memerlukan latihan dan pengetahuan untuk memimpin orang lain. Oleh itu, pada tanggal 26 April 2017, pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Attitude Training dan Consultancy untuk menjayakan bengkel kepimpinan ini. Diharap para pelajar dapat mempelajari teknik yang berkesan untuk menjadi seorang pemimpin.
Wednesday, 26 April 2017
Tuesday, 25 April 2017
JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
Pada 25 April 2017 yang lalu, Sekolah Menengah Arab Tahfiz telah menerima kunjungan daripada pihak Perpustakaan Awam. Satu program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit telah diadakan. Para pelajar dikehendaki membaca selama 10 minit dan aktiviti membaca tersebut disiarkan serentak secara langsung bersama sekolah-sekolah yang lain. Program ini diharapkan dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART). Setelah selesai aktiviti membaca, satu pertandingan kuiz diadakan bagi menguji kepintaran pelajar dan pemenang diberikan hadiah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak Perpustakaan Awam menjayakan program ini di SMART.
Wednesday, 12 April 2017
MAJLIS PENTAULIAHAN SEMULA PANGKAT KRSM
Pada 12 April 2017 telah diadakan Majlis Pentauliahan Semula Pangkat KRSM. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mentauliahkan semula para pelajar yang telah mengikuti Kursus Kenaikan Pangkat pada cuti sekolah yang lalu iaitu 18 Mac sehingga 22 Mac 2017 di Perak. Semoga dengan pangkat yang baru ini, para pelajar bersemangat dan menjadi contoh serta memimpin ahli KRSM yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)