Thursday, 25 May 2017

TEMASYA SUKAN SMART

Pada 25 Mei 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Temasya Sukan SMART  di Kompleks Bertam MPSP, Kepala Batas. Setelah  2 minggu menjalani latihan bermula 15 Mei 2017, para pelajar bertanding acara akhir di Kompleks Bertam. Namun, terdapat beberapa acara yang telah lebih awal selesai dipertandingkan di sekolah seperti bola jaring, ping pong, bola tampar, futsal dan sepak takraw. Pemberian pingat bagi pemenang semua acara diadakan pada hari temasya. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama antara guru dan pelajar.

Badminton (S) Banat

Badminton (S) Banin

Badminton (B) Banat 

Futsal 




Bola Tampar (Banin)




Temasya Sukan SMART











Tuesday, 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Semuanya bermula dengan guru biasa,
Yang mengajar tulis baca.

           Begitu besar pengorbanan dan jasa seorang guru. Sebagai murid, kita seharusnya menghormati dan menyayangi guru yang telah mendidik kita tanpa jemu. Oleh itu, sambutan Hari Guru pada 16 Mei merupakan tarikh penting yang amat dinanti-nantikan oleh seorang insan yang bergelar guru mahupun pelajar. Warga Sekolah Menengah Arab Tahfiz juga tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan Hari Guru ini. Persediaan sambutan ini telah diketuai oleh pelajar tingkatan 5. Tema pakaian sambutan Hari Guru pada tahun 2017 ialah batik. 







Sambutan di dewan sekolah

Persembahan nasyid oleh guru lelaki

 Acara memotong kek


Jamuan makan guru

Acara sukaneka antara guru dan pelajar





Monday, 15 May 2017

MERENTAS DESA SMART

Pada 15 Mei 2017, Sekolah Menengah Arab Tahfiz telah menganjurkan aktiviti Merentas Desa dengan harapan untuk meningkatkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Para pelajar berlari bermula dari sekolah seterusnya melalui kampung-kampung di kawasan sekitar sekolah iaitu Kampung Tok Bedu, Kampung Air Melintas Besar dan Kampung Air Melintas Kecil.