Pada 18 Ogos 2017, satu Majlis Bacaan Yasin PT3 & SPM telah diadakan bertempat di surau sekolah. Semua ibu bapa dan penjaga pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah dijemput menghadiri majlis bacaan Yasin ini. Tujuan bacaan Yasin dibuat adalah untuk mendoakan kejayaan anak-anak SMART yang telah bertungkus lumus belajar dan mengulang kaji pelajar sebelum menghadapi peperiksaan sebenar PT3 dan SPM. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.
Friday, 18 August 2017
Thursday, 3 August 2017
MUKHAYYAM DAKHILI KRSM
Pada 2 & 3 Ogos 2017, Unit Tarbiah & Kokurikulum Sekolah Menengah Arab Tahfiz telah menganjurkan Mukhayyam Dakhili bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Perkhemahan ini diadakan di kawasan sekolah dan unit aktiviti mendapat kerjasama dari pihak luar dalam menjayakan aktiviti yang telah disusun. Prkhemahan ini bertujuan melatih pelajar tingkatan 1 dan 2 berdikari dan meningkatkan ilmu KRS seperti kawad, based dan perkhemahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)