Unit KRSM SMART telah mengadakan Majlis Makan Beradat pada 20 September 2017 bagi meraikan pegawai dan pelajar yang telah berjaya dinaikkan pangkat KRSM pada bulan Mac yang lepas. Selain itu, majlis ini diadakan untuk melatih pelajar menguruskan acara dan mempelajari protokol makan beradat KRS.
Wednesday, 20 September 2017
Saturday, 9 September 2017
KEJOHANAN SUKAN NASIONAL (KESUNAS) SEKOLAH-SEKOLAH MUSLEH
Pada 7 hingga 9 September yang lalu, SMART telah menyertai Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) Sekolah-sekolah Musleh. Kejohanan ini diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Banyak acara dipertandingkan seperti memanah, catur, badminton, bola tampar, bola sepak, bola jaring, sepak takraw, ping pong, lompat jauh, lontar peluru dan acara larian. Seramai 79 orang pelajar telah dihantar mewakili SMART dalam acara-acara yang dipertandingkan. Berkat usaha pelajar dan sokongan warga sekolah, SMART berjaya menggondol pingat PERAK dalam acara Sepak Takraw (Banin).
Sepak Takraw ~ SMART (Biru)
Majlis Penutupan KESUNAS
Memanah
Catur (Banin)
Catur (Banat)
Bola Sepak
Sepak Takraw
Bola Tampar (Banat)
Subscribe to:
Posts (Atom)