Friday, 24 November 2017

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2017

Pada hari Jumaat, 24 November 2017, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) telah mengadakan Majlis Anugerah Kokurikulum. Majlis itu bermula seawal pukul 8.00 pagi. Guru dan pelajar hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Majlis dirasmikan oleh Puan Maimunah bt Mohamed Beon iaitu Pengetua SMART. Tetamu jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Timbalan YDP PIBG SMART, Puan Sarah bt Mat Desa, PK Kokurikulum STAIL, Muallim Mohd Muzammil bin Sobri dan Pegawai Kewangan, Hj Abdullah bin Shabri. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, menghargai penglibatan pelajar dari aspek kepimpinan sehingga menyumbang kepada pembangunan sahsiah dalam kalangan pelajar serta menghargai jasa dan sumbangan guru dalam menjayakan aktiviti korikulum sekolah. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Based oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan persembahan nasyid oleh Daie Band. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Secara keseluruhan, Majlis Anugerah Kokurikulum meningkatkan minat pelajar untuk aktif dalam bidang kokurikulum. Masa terluang pelajar tidak disia-siakan begitu sahaja sebaliknya dapat dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah kokurikulum. Aktiviti luar bilik darjah dan pengisian masa yang dirangka dengan bijak dapat mengelakkan penularan budaya kurang sihat dalam kalangan pelajar ini, bahkan ia merupakan proses awal bagi mendorong dan melahirkan pelajar yang sihat dan cergas. Penganjuran Majlis Anugerah Kokurikulum ini satu langkah yang baik dan perlu diteruskan pada setiap tahun.

Gambar persiapan majlis :





Gambar Majlis Anugerah Kokurikulum :












Gambar Kenangan Kelas Sempena Majlis Anugerah Kokurikulum :

SMART5

SMART4 

SMART3

SMART2 

SMART1B

SMART1A 

Ucapan Perpisahan Muallimah Samirah & Muallim Saipuddin :


GOTONG-ROYONG TUTUP SEKOLAH

Sesi persekolahan 2017 hampir melabuhkan tirainya. Pada hari terakhir, 24 November 2017, sebelum cuti sekolah bermula, pelajar dan guru bersama-sama bergotong-royong membersihkan kelas dan bangunan sekolah untuk memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih dan ceria di samping membudayakan kerja berpasukan serta mencintai kebersihan. Antara kawasan yang dibersihkan ialah tandas, dewan, kelas, bilik guru dan stor.











Thursday, 23 November 2017

DAURAH PELAJAR SMART

Pada 21, 22 dan 23 November 2017, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) telah mengadakan daurah pelajar bertujuan membangkitkan iman dan menyemarakkan sifat rabbani dalam kalangan pelajar SMART. Selain itu, daurah ini juga adalah untuk meningkatkan kualiti iman, akhlak dan ilmu agama guru dan pelajar di samping mengajar pelajar berinteraksi dengan masyarakat majmuk di kawasan sekitar. Antara pengisian daurah pada hari pertama dan kedua ialah Tafsir Al-Quran , Sirah Nabi, Hadis Adab Terhadap Ibu Bapa, Aqidah, Fiqh Solat dan Kebersihan Pemakanan dan Kesihatan dalam Islam. Pada hari ketiga pula, aktiviti Street Dakwah telah diadakan. Sebelum aktiviti ini dimulakan, pelajar mendengar taklimat dari Hidayah Centre Pulau Pinang. Kemudian, pelajar dibawa bertemu dengan masyarakat majmuk di Pekan Kepala Batas, Tasek Gelugor, Sungai Dua dan di sekitar kawasan sekolah. Dalam aktiviti ini, pelajar belajar cara mendekati masyarakat majmuk dan berdakwah dengan mereka. 


Slot Aqidah

Slot Tafsir Al-Quran Surah Al-Fatihah

Slot Fiqh Kepentingan Solat dan Penghayatan




Slot Sirah Nabi Sebelum Hijrah

Slot Sirah Nabi Selepas Hijrah

Slot Hadis Adab Terhadap Ibu Bapa

Taklimat Street Dakwah































































Pembentangan Street Dakwah Setiap Kumpulan