Pada 21, 22 dan 23 November 2017, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) telah mengadakan daurah pelajar bertujuan membangkitkan iman dan menyemarakkan sifat rabbani dalam kalangan pelajar SMART. Selain itu, daurah ini juga adalah untuk meningkatkan kualiti iman, akhlak dan ilmu agama guru dan pelajar di samping mengajar pelajar berinteraksi dengan masyarakat majmuk di kawasan sekitar. Antara pengisian daurah pada hari pertama dan kedua ialah Tafsir Al-Quran , Sirah Nabi, Hadis Adab Terhadap Ibu Bapa, Aqidah, Fiqh Solat dan Kebersihan Pemakanan dan Kesihatan dalam Islam. Pada hari ketiga pula, aktiviti Street Dakwah telah diadakan. Sebelum aktiviti ini dimulakan, pelajar mendengar taklimat dari Hidayah Centre Pulau Pinang. Kemudian, pelajar dibawa bertemu dengan masyarakat majmuk di Pekan Kepala Batas, Tasek Gelugor, Sungai Dua dan di sekitar kawasan sekolah. Dalam aktiviti ini, pelajar belajar cara mendekati masyarakat majmuk dan berdakwah dengan mereka.
Slot Aqidah
Slot Tafsir Al-Quran Surah Al-Fatihah
Slot Fiqh Kepentingan Solat dan Penghayatan
Slot Sirah Nabi Sebelum Hijrah
Slot Sirah Nabi Selepas Hijrah
Slot Hadis Adab Terhadap Ibu Bapa
Taklimat Street Dakwah
Pembentangan Street Dakwah Setiap Kumpulan
No comments:
Post a Comment