Friday, 24 November 2017

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2017

Pada hari Jumaat, 24 November 2017, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) telah mengadakan Majlis Anugerah Kokurikulum. Majlis itu bermula seawal pukul 8.00 pagi. Guru dan pelajar hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Majlis dirasmikan oleh Puan Maimunah bt Mohamed Beon iaitu Pengetua SMART. Tetamu jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Timbalan YDP PIBG SMART, Puan Sarah bt Mat Desa, PK Kokurikulum STAIL, Muallim Mohd Muzammil bin Sobri dan Pegawai Kewangan, Hj Abdullah bin Shabri. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, menghargai penglibatan pelajar dari aspek kepimpinan sehingga menyumbang kepada pembangunan sahsiah dalam kalangan pelajar serta menghargai jasa dan sumbangan guru dalam menjayakan aktiviti korikulum sekolah. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Based oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan persembahan nasyid oleh Daie Band. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Secara keseluruhan, Majlis Anugerah Kokurikulum meningkatkan minat pelajar untuk aktif dalam bidang kokurikulum. Masa terluang pelajar tidak disia-siakan begitu sahaja sebaliknya dapat dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah kokurikulum. Aktiviti luar bilik darjah dan pengisian masa yang dirangka dengan bijak dapat mengelakkan penularan budaya kurang sihat dalam kalangan pelajar ini, bahkan ia merupakan proses awal bagi mendorong dan melahirkan pelajar yang sihat dan cergas. Penganjuran Majlis Anugerah Kokurikulum ini satu langkah yang baik dan perlu diteruskan pada setiap tahun.

Gambar persiapan majlis :





Gambar Majlis Anugerah Kokurikulum :












Gambar Kenangan Kelas Sempena Majlis Anugerah Kokurikulum :

SMART5

SMART4 

SMART3

SMART2 

SMART1B

SMART1A 

Ucapan Perpisahan Muallimah Samirah & Muallim Saipuddin :


No comments:

Post a Comment