Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) telah mengadakan Hari Kantin pada 20 November 2017 di Dewan Terbuka sekolah. Majlis Hari Kantin telah dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Majlis pada hari tersebut dibuka kepada semua warga sekolah rendah dan menengah. Kaunter kupon juga dibuka pada hari tersebut untuk melicinkan urus niaga Hari Kantin. Semua guru SMART mengikut kelab masing-masing iaitu Kelab Memanah, Kelab Bola Sepak, Kelab Bola Tampar, Kelab Media & Penerbitan, Kelab Mycare, Kelab Rekacipta, Kelab Kesenian dan Kelab Bola Jaring terlibat dalam aktiviti Hari Kantin dengan dibantu oleh para pelajar yang dipilih oleh guru-guru berkenaan. Antara program yang telah dijalankan semasa Hari Kantin ialah pesta jualan makanan dan minuman. Makanan pelbagai jenis disediakan oleh para guru dan pelajar seperti nasi lemak, laksa, kentang goreng, cendol, meatball, aiskrim, rojak buah-buahan, sandwich, nasi kerabu, yong tau fu, sosej dan nasi ayam. Air jus juga turut dijual di bahagian gerai minuman.
No comments:
Post a Comment